Isteri buat tuduhan melulu, jumpa lipstick orang lain dalam kereta suami. Rupa-rupanya....

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini kadang kala memang cepat sangat overthinking. Fikir pasangan berlaku curang lah, scandal lah, lepas tu main buat tuduhan je. Tak ada nak selidik ke apa terus je buat serangan dekat pasangan. Kadang sikap terburu-buru itulah yang membawa padah pada diri sendiri.


Curang dalam diam

Situasi yang sama juga berlaku pada wanita ini. Berdasarkan satu perkongsian di Tik Tok Nimaslaputri, ketika itu dia dalam perjalanan ke suatu tempat bersama suaminya menaiki kereta. Tiba-tiba dia terlihat sebatang lipstick yang bukan miliknya. Dengan rasa sedih dan juga terkejut, dia mula melakukan soal jawab dengan suaminya.



Suami tak nak mengaku

Dia bertanya kepada suaminya, ada ke rakan-rakannya tertinggal lipstick di dalam kereta. Suaminya menidakkan lalu meminta untuk melihat lipstick tersebut.

Ingatkan lipstick...

Selepas ditunjukkan lipstick tersebut suaminya terus ketawa tanpa rasa bersalah. Rupa-rupanya, itu bukan lipstick tetapi merupakan kunci ban kereta.

Video tersebut mendapat perhatian dari warganet yang merasakan perkara itu mencuit hati. Malah, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Pengajaran dari kisah ini orang perempuan jangan bertindak terburu-buru, kan dah malukan diri sendiri.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen