“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...” Dalam hubungan suami isteri, jangan ego nak katakan ‘maaf’. Dengan satu maaf ini, hati yang panas boleh jadi reda. Nak lebih bahagia dalam rumahtangga, sebelum tidur minta maaf dulu dengan pasangan. Barulah rumahtangga yang dibina itu lebih harmoni.
Mungkin akan rasa kekok sebab tak pernah lakukan, boleh jadi juga rasa tak terluah. Tapi bila sudah biasakan diri tentunya tak ada masalah nak katakan perkataan itu. Ikuti tips kebahagiaan rumahtangga yang dikongsi oleh Puan Nur Farhana Fizal ini, sampaikan orang lain pun lihat kebahagiaan mereka.
Menurut Farhana, ramai yang bertanya adakah dia dan suami tidak bergaduh kerana kelihatan sentiasa bersayang-sayang. Tapi, jelasnya rumahtangganya sama seperti rumahtangga orang lain yang ada pasang surutnya.
Masing-masing tak nak kalah juga
Katanya, masing-masing ada sikap yang tersendiri, malah ada kala berperang dengan pasangan kerana perbezaan keinginan. Namun, setiap malam dia dan suami akan saling meminta maaf walaupun kadang pedih dan terluka tapi dengan kata maaf tentu dapat lapangkan hati.
Sebelum tidur waktu terbaik meminta maaf
Bila waktu malam, mula genggam tangan pasangan dan meminta maaf. Masa itulah segala kata maaf akan keluar dari mulut selepas satu hari masing-masing tidak bertegur sapa.
Paksakan diri minta maaf
Tulisnya, mula-mula memang susah nak minta maaf tapi dia paksakan diri untuk meminta maaf dengan pasangan juga. Kadang pasangan ini hanya mahu dengar kata maaf saja.
Mungkin agak berat nak katakan 'maaf' pada pasangan, rasa ego tercabar. Tapi, cuba fikir balik akan hubungan yang terbina, tak akan sanggup junjung ego tapi lukakan hati sendiri dan pasangan.
Tinggalkan Komen