Kes baru Covid-19 meningkat 147, libatkan 3 kematian

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes baharu wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan masyarakat. Semalam, jangkitan wabak ini telah meningkat mendadak kepada 147 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10,505 kes setakat ini.



Dari kes tersebut, tiga kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 133 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 147 kes baharu yang dilaporkan itu, 4 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 143 kes penularan tempatan.



Tambahnya, kes import itu membabitkan tiga warganegara dan bukan seorang bukan warganegara.

Dalam 143 kes sebanyak 119 kes membabitkan warganegara manakala 24 bukan warganegara.

"Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada tiga digit dengan Sabah merekodkan 134 kes, Kedah (5) dan Kelantan (1), selain empat kes import.

"Kluster baharu di Sabah, Kluster Udin. Tiga kematian dilaporkan dua di Sabah dan satu di Kedah," katanya.



Jelas Dr Noor Hisham, ada 39 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,602 kes iaitu 91.4 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 770 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

"Sehingga kini, lapan pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen