"Harganya mahal sangat..." Bapa ini sanggup kutip 'teddy bear' dari tempat sampah buat anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang bapa memang sukar nak katakan sayang, tapi mereka tunjukkan melalui tindakan. Sanggup redah hujan panas demi mencari rezeki buat anak-anak, sedikit pun tak pernah mengeluh itulah kasih seorang bapa. Itu belum lagi lepaskan kemahuan diri demi anak-anak. Orang kata kasih ibu membawa ke syurga, tapi kasih bapa sepanjang masa.

Kutip teddy bear dari tempat sampah untuk anak

Menurut satu perkongsian yang tular semalam dari Azri Walter, ketika dia pulang dari kerja, dia lihat seorang lelaki menunggang motosikal bersama sesuatu yang agak besar lalu dia mendekat untuk lihat lebih jelas. Seperti sangkaannya lelaki tersebut membawa teddy bear besar. Beliau juga sempat bertegur sapa dengan lelaki terbabit.



Mengundang rasa sebak, bila mana lelaki terbabit menjelaskan bahawa teddy bear tersebut diambil dari tempat sampah dan mengakui anaknya mahukan teddy bear namun, harganya agak mahal.

Jangan lupa pengorbanan bapa!

Sebak dengan kata-kata lelaki tersebut, Azri Walter sempat mengucapkan selamat jalan malah menyedari bahawa ada peringatan disebalik pertemuan tersebut. Tambahnya, dalam kesusahan yang dilalui ada lagi orang yang lebih susah darinya.


Perkongsian ini mendapat respond positif dari netizen malah rata-rata sangat menghargai kasih bapa yang banyak berkorban buat anak-anak.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen