"Saya dah lama sedia, gadis 21 tahun calon kelapan suami.. " -Wanita jelaskan isu bermadu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau wanita lain tentunya agak sukar nak terima kehadiran orang baru yang berkongsi kasih dan berkongsi suami sendiri. Tapi berlainan pula dengan guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap ini yang dengan rela hati menerima kehadiran insan baru itu.



Sungguh tabah, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan saja melakukan persiapan perkahwinan suaminya malah turut menemani Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, ahad lalu.

Bukan hanya itu saja, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Bersedia berpoligami

Jelasnya, dia juga tidak pernah halang suaminya untuk berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami. Tambahnya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

 

"Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

"Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini," katanya.

Tambahnya, dia telah bersedia untuk lebih awal untuk berpoligami sejak lima tahun lalu.

"Selepas berkahwin, saya berjanji dengan diri sendiri, kalau ada orang lain nak masuk dalam kehidupan ini (poligami) saya terima selepas tanya pendapat kawan-kawan lain untuk fahami poligami.

"Kita bila dah reda tentang poligami benda jadi biasa walaupun pada awalnya agak sukar. Saya sudah bersedia lebih awal untuk masuk dalam dunia berkongsi kehidupan seperti ini," katanya.

Faham dengan pandangan suami

Berkongsi pertemuan suami dengan madunya, Rosyilah berkata calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya.

"Semasa temuduga saya tengok reaksi suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian.

"Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu," jelasnya.

Sebelum ini, Rosyilah adalah ibu tunggal kepada dua anak perempuan sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Manakala, suaminya pula mempunyai enam cahaya mata hasil perkahwinan pertama.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen