Sedih lihat stok susu tumpah, wanita ini terus menangis selepas pulang kerja

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana ibu tentunya faham betapa penatnya nak kumpulkan susu dan rasa letih bila mengeluarkan susu. Semua itu perlukan tenaga malah kadang kala terpaksa mengawal rasa lapar dan dahaga.



Namun, kasih ibu tentunya sanggup melakukan apa saja demi anak tercinta.

Tular satu perkongsian seorang suami, Syukri Shahdan mengenai apa yang dilalui oleh isterinya selepas pulang dari kerja.



Dalam perkongsian tersebut, Syukri telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan isterinya sedang menangis berserta susu yang sudah yang tumpah, malah tertanya-tanya adakah ini dirasai oleh isterinya saja atau ibu-ibu yang lain.

“Adakah ini belaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam bag. Anak hairan perhati. Jangan la anak ambik perangai cengeng emaknya.”

“Kesian mama, sedaya upaya sediakan susu untuk anak. Siapa lagi camni?” tulisnya.



Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang turut merasa kasihan, malah rata-rata juga merasakan bukan mudah nak kumpulkan susu tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen