"Nak pergi pinang janda... tunggu habis iddah dulu!" - PU Azman

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila hati sudah berkenan, memang nak cepat-cepat dirikan rumah tangga dengannya. Takut diambil orang kalau dibiarkan lama sangat. Kalau anak dara tak ada masalah nak terus masuk minang, tapi kalau yang baru lepas bercerai atau kematian suami, sesuai ke nak pinang terus?


Bukan asal bujang saja boleh terus masuk minang ya. Yang dah ready nak masuk minang kekasih hati tu fahami perkongsian dari Pecentus Ummah (PU) Azman ni.



Islam tak larang pinang anak dara tapi janda...

Menurut Cik Man, Islam tidak menegah lelaki untuk meminang perempuan yang tiada halangan untuk nikah seperti anak dara yang bukan pinangan orang atau janda yang telah habis 'iddah. .

Ada dua cara meminang janda

Tapi, bilakah masanya haram dan halal meminang janda yang masih dalam 'iddah?

Takpa, Cik Man huraikan di perenggan bawah. .



Cara meminang ada dua. Satu meminang secara tasrih iaitu menggunakan ayat yang jelas. Contoh, "saya nak kawin dengan awak". Maka haram pinang janda 'iddah secara tasrih. .

Kedua pinangan secara ta'ridh. Iaitu ayat tak jelas atau kiasan. Contoh, "ramai lelaki nak kat awak ni".

Haram meminang janda yang dicerai dengan talak raj'i samada secara pinangan jelas atau pinangan tak jelas. Kerana janda tersebut masih dalam penguasaan dan hak suaminya.

Tapi boleh meminang janda secara ta'ridh/ kiasan saja bagi janda 'iddah yang bercerai mati atau bercerai bain atau bercerai fasakh. Ini kerana, kekuatan hubungannya dengan suami tidak sekuat seperti janda yang 'iddah talak raj'i iaitu talak yang boleh dirujuk bila-bila masa dalam tempoh 'iddah tanpa akad baru.



Dalil. .

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ.
Maksud :"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam 'iddah). [Surah Al Baqarah ayat 235].

Perempuan dalam ayat di atas ialah janda yang iddah kematian suami dan iddah selain iddah talak raj'i.

Tapi apa yang pasti, yang takkan boleh dinikahi dan dipinang ialah daerah Janda Baik, Pahang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen