"Nak sangat dengar mak panggil.." - Kasih sayang anak ini buat ibu bapa OKU buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiada manusia yang sempurna sifatnya, sama juga dengan ibu bapa. Walaupun apa pun kekurangan yang mereka miliki, tetapi kasih sayang mereka ini tiada galang gatinya. Kasih sayang yang dicurahkan tidak akan sama dengan kasih sayang yang diberikan dari orang lain.



Tular di media sosial, video Tiktok adik Zulhaikal Zailani yang menimbulkan rasa sebak orang ramai. Berdasarkan rakaman tersebut, ibu bapanya tidak seperti ibu bapa orang lain, tetapi kasih sayang dan kemesraan tetap terjalin antara mereka sama seperti orang lain.




Terima seadanya

Malah, dia sebagai abang sulung dari tiga beradik, kadang kala ada rasa cemburu melihat ibu bapa orang lain, malah tertanya-tanya mengapa ibu bapanya tidak seperti itu. Namun, baginya semua perkara ada hikmahnya, baik buruk mereka itulah ibu bapanya.

Jelasnya, kalau dia merasakan susah akan ada yang lagi susah darinya, malah dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.


Belajar bahasa isyarat

Menurut Zulhaikal, ayahnya berkerja sebagai mekanik motorsikal untuk menyara mereka sekeluarga manakala ibunya pula seorang suri rumah.

Tambahnya, dia dan adik-adiknya diajar bahasa isyarat oleh ibu bapa mereka sendiri sejak kecil lagi.



Dia yang tidak menyangka bahawa videonya akan tersebar di laman sosial berharap orang ramai mendapat mesej yang hendak disampaikan.

Perkongsian Zulhaikal ini mendapat perhatian dari warganet, yang rata-rata kagum dengannya yang melayani baik ibu bapanya. Malah, ada juga yang sebak melihat video terbabit kerana teringat akan ibu bapa sendiri.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen