Kasih sayang seorang ibu sememangnya mudah dilihat dan dirasai, tapi kasih sayang seorang ayah kadang susah nak dirasai akibat terlalu sibuk mencari rezeki. Tapi apa yang ayah lakukan selalunya inginkan terbaik buat anak-anak.
Ayah yang sibuk, anak ingin perhatian
Satu perkongsian di aplikasi TikTok ini sememangnya sangat menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya. Mana tidaknya, tindakan bapa yang ingin memeluk anak perempuan yang tiba-tiba datang dan seolah-olah inginkan perhatian itu membuat sesiapa saja teringat akan penat lelah seorang bapa.
Beri pelukan walaupun tangan kotor
Walaupun sedang sibuk berkerja, bapa ini tetap memberi perhatian kepada anak perempuannya itu namun, saat hendak memeluk lebih erat terhalang kerana tangan kotor dengan kesan minyak. Tapi bapa itu tetap memberi pelukan dan juga meminta anaknya berikan ciuman mesra kepadanya.
Perkongsian ini mendapat komen dan perhatian dari warganet. Rata-rata mendoakan agar anak itu menjadi anak yang solehah dan meningati jasa-jasa ayahnya.
Pengorbanan ibu selalu dikenang tapi pengorbanan bapa yang memerah tenaga untuk membesarkan jangan dilupakan. Hargai dan balas jasa mereka yang banyak berkorban selama ini.
Tinggalkan Komen