Dapat 'adik baru' lepas 5 tahun, wanita ini tabah uruskan majlis kahwin suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Poligami ini adalah perkara yang sangat sensitif bagi orang perempuan. Kalau bercakap mengenai topik ini, yang bermusuh pun boleh jadi kahwin baik kerana saling pertahankan hak masing-masing.

Tapi, sebagai manusia biasa kita hanya merancang tuhan yang menentukan, memang berjanji setia pada yang satu tapi tak tahu masa depan apa yang berlaku. Perkongsian Puan Syiela Rashid semalam mendapat perhatian warganet selepas dia berkongsi perjalanan majlis perkahwinan suaminya sendiri.



Urus semua majlis perkahwinan

Berdasarkan laman Facebook miliknya, segala persiapan perkahwinan suaminya itu dilakukan oleh dirinya sendiri. Daripada busana pernikahan hinggalah majlis bertandang semuanya diuruskan olehnya, malah dia juga kelihatan agak cerewat kerana mahukan hasil yang sempurna.





Minta ketabahan hati


Nampak sedondon pada hari bahagia itu, Syiela juga sempat mengucapkan Selamat Pengantin Baru, malah berdoa agar diberi ketabahan hati selepas ini. Walaupun agak sebak, wanita ini juga sempat berseloroh kononnya mendapat ‘adik baru’ selepas lima tahun.









Apa-apa pun, semoga semoga terus kuat berdepan dengan ujian rumahtangga malah kekal bahagia hingga ke akhir hayat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen