Berdebar nak jumpa bakal mertua pertama kali, ini 8 tips yang membantu anda

Paling mendebarkan bila nak mendirikan rumahtangga ini tentunya berjumpa dengan bakal mertua kali pertama. Masa ini, yang banyak cakap pun boleh jadi pendiam orangnya.

Nak hilangkan rasa kekok dan janggal lepas kahwin nanti, tentu masa sekarang lagi kena dekatkan diri dengan mereka. Satu hari nanti jadi sebahagian dari keluarga juga. Tapi itulah nak jumpa bakal mertua ini tak boleh nak main terjah je.



Ini ada beberapa tips yang membantu anda untuk jumpa bakal mertua kelak.




1. Plan kasi cun

Jangan lakukan pertemuan yang mengejut macam tiba-tiba nak datang rumah atau sekadar jumpa di kedai makan saja. Tapi lebih baik pilih hari-hari yang sesuai seperti kenduri kendara, hari raya, dan sewaktu dengannya. Biasanya pilih hari raya lah barulah tak kekok sangat.



2. Pakaian paling sopan yang ada

Ini adalah perkara pertama yang keluarga mertua akan lihat. Kalau pakaian entah apa-apa takut kena reject pula. Jadi pakai pakaian yang sesuai, kalau perempuan elok pakai baju kurung dan bertudung labuh sedikit. Yang lelaki pula, jangan pakai seluar pendek tapi pakai baju yang agak kemas. Jangan pakai baju melayu pulak!



3. Buah tangan baru nampak ada usaha

Jangan datang dengan tangan kosong! Memang tuan rumah tak harapkan apa-apa dari anda sebagai tetamu tapi anda ingin berkenalan dengan mereka lebih dekat lagi. Bawa sedikit buah tangan seperti buah-buahan barulah nampak usaha nak pikat hati mertua.



4. Pandai sembang, terus on

Walaupun anda pendiam, tapi kena ringankan mulut sembang dengan orang tua. Sikit-sikit pun tak apa asalkan nampak nak bercakap. Kalau anda jenis yang peramah dan senang nak bercakap, jangan pula asyik anda saja yang nak bercakap. Nanti mereka pula yang rimas.



5. Puji laa sikit

Bagilah sedikit pujian pada mereka. Sebagai contoh, puji makanan yang dimasak, hiasan dalaman ataupun gubahan bunga. Barulah mak mertua senang hati dan suka ajak anda datang rumahnya lagi. Tapi kalau anda puji masakan dan ingin belajar masak dari bakal mertua tentunya dia suka.



6. Ringan tulang

Jangan berat sangat tulang itu, walaupun anda tetamu tapi kan nak masuk keluarga itu. Jadi biasakan diri dengan tolong sikit-sikit macam kemas meja selepas makan atau basuh pinggan. Tolong masak pun okay jugak. Barulah mak mertua nampak anda calon menantu pilihan.



7. Ada ilmu agama

Kalau orang lelaki, tiba-tiba nak jadi imam masa solat memang anda ada ciri menantu pilihan. Barulah mak mertua nampak anda boleh beri bimbingan yang baik pada anak mereka.



8. Jangan sombong dengan adik beradik si dia

Jangan buat muka ketat atau muka tak nak layan dengan adik beradik si dia. Cuba layan dengan peramah dan juga dekatkan diri dengan mereka. Anda nanti bukan kahwin dengan pasangan je tapi seluruh keluarganya.

Yang penting jangan berdebar sangat okay, chill-chill aje. Kalau dia jodoh anda tentu semua dipermudahkan.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen