"Bila nampak dia rasa nak kahwin..." - Raja Afiq Dan Soffwany kongsi detik perkenalan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bermula dengan satu hai, siapa sangka kini duduk bersama di pelaminan. Itu yang dikongsi oleh pelakon Raja Afiq dan juga polis viral, Soffwany Yusof selepas selamat diijabkabulkan sabtu lalu. Majlis yang diadakan di Shah Alam itu dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat saja.




Bermula dengan ‘DM’

Berdasarkan temu bual bersama pihak mStar Online, Soffwany kongsi sedikit detik perkenalan mereka yang berlaku melalui Direct Message (DM) Instagram pada awal tahun ini. Awalnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Nafas Cinta’ ini tidak perasaan akan mesej itu kerana terlalu sibuk berkerja.



Takut akaun ‘fake’

Akhirnya setelah beberapa kali Raja Afiq menghantar mesej barulah dilihat oleh penyanyi ini. Namun begitu, dia merasa agak ragu-ragu kerana menyangkakan itu adalah akaun palsu. Ini kerana, dia sedia maklum Raja Afiq tidak aktif di laman Instagram.



Dia cinta sejati

Walaupun perkenalan agak singkat, Raja Afiq percaya bahawa Soffwany adalah calon yang sesuai. Menurutnya, selepas beberapa kali jumpa dengan pelbagai orang tetapi dia lebih tertarik dengan isterinya itu. Malah, Soffwany juga percaya bahawa keserasian dan saling menerima kekurangan membuatkan mereka saling kukuh.

Jelasnya lagi, soal anak pula mereka tidak merancang tetapi lebih menerima rezeki dari Allah.

Selamat pengantin baru kami ucapkan dan semoga berbahagia hingga ke jannah!





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen