"Ubah sikap dan jaga hati suami, sebab rezeki makin murah..." -Wawa Zainal

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat pasangan suami isteri kalau nak rezeki dimurahkan. Gembirakan hati pasangan setiap hari. Itu lah yang dilakukan oleh pasangan perlakon terkenal Wawa Zainal dan juga suami Aeril Zafrel.





Jaga hubungan suami isteri


Menurut Wawa Zainal, rezekinya sekeluarga lebih leuas selepas dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suaminya. Malah, dia juga percaya dengan utamakan pasangan dan keluarga itu satu kunci kebahagiaan.

“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap, sebelum ini saya suka bergaduh, cari fasal dan sakitkan hati Aeril,” katanya.

“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan. Selepas saya ubah sikap, rezeki kami semakin baik.”

“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah,” jelasnya.



Rumatangga mana tak ada masalah

Aeril juga menyatakan bahawa rumahtangga mereka juga pernah berdepan dengan ujian tapi dia sentiasa sabar dan berpegang kepada prinsip ikatan perkahwinan.

“Ramai tanya rahsia kekalkan keharmonian rumahtangga, tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah,” katanya.



Jelasnya, sejak awal perkahwinan lagi mereka telah berdepan dengan pelbagai ujian namun, paling penting mereka menyokong antara satu sama lain dan saling memaafkan.

“Masa mula-mula kahwin memang ada gaduh tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya,” jelasnya.



Sebelum ini, Wawa dan Aeril telah berkahwin pada 2013. Pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen