Dulu "ride" sama-sama cari duit kahwin, kini dah jadi suami isteri yang sah

Oleh: Zuzu Yasmine

Melihat seorang lelaki berusaha keras menghalalkan cinta hatinya, tentu saja akan membuatkan hati si gadis semakin sayang akan dirinya. Tak nak tunggu lama-lama, usaha lelaki seperti ini tentunya diharapkan dari seorang gadis.



Itu lah dirasai oleh Amirah Amran Gilbert, 23, yang kini sah menjadi isteri kepada Muhammad Fitri Zahurrin, 20, dengan sekali lafaz.



Menurut Amirah, dia bersyukur apabila segala rancangan berjalan lancar walaupun dijalankan secara terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

“Nikah di masjid, tapi sebab ada SOP, lepas akad nikah terus balik rumah. Ada buat jamuan makan kecil-kecilan untuk keluarga sahaja di rumah.”

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan hanya sekali lafaz,” katanya.



Jelasnya, atas permintaan ibu bapanya, dia hanya bernikah terlebih dahulu dan tangguh majlis sanding kerana keadaan semasa Covid-19 yang tidak menentu lagi.

Amirah juga berharap rumahtangga yang dibina kekal ke jannah malah berharap suaminya akan menjadi suami yang baik serta dapat membimbingnya menjadi isteri yang solehah.



Sebelum ini pasangan ini pernah tular akan kegigihannya mengikut tunangnya keluar berkerja sebagai penghantar makanan, tapi sabtu lalu mereka telah disatukan di satu majlis sederhana yang berlangsung di Masjid Bandar Bukit Puchong.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen