Sekental mana pun hati isteri, bila dilukai oleh suami tentu akan diingati sampai bila-bila...

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita dan isteri adalah orang yang mempunyai jiwa sensitif. Walaupun luaran nampak tidak ambil peduli, tapi dalam diam tentu dia mahukan perhatian dari insan yang telah menjadi suaminya. Sebab itulah, lelaki perlu memahami isi hati seorang wanita lebih-lebih lagi bila sudah berumahtangga.


Adatlah seorang wanita ada rajuk dan manja yang kadang kala tak difahami lelaki, tapi jangan terus biarkan saja.

Bila hati terguris, dia ingat sampai bila-bila

Tertarik dengan perkongsian di laman facebook milik Syahr Musafir, wanita yang bergelar isteri ini mungkin kelihatan gagah dan kuat dari luaran namun, mereka ini masih ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Walaupun hanya sekali suami guris hatinya, ingatan itu akan kekal selamanya.

Takut disoal diakhirat kelak

Pesannya buat suami, kalau ada tersilap kata atau perbuatan cepat-cepat minta maaf pada isteri. Kalau suami sering lukakan hati isteri dan tidak meminta maaf, bimbang akan disoal yang Maha Esa. Tapi sebagai seorang isteri, mungkin mudah nak memaafkan namun sukar nak melupakan.

Jaga hati dia macam dia jaga hati suami

Sikap isteri itu adalah hasil didikan suaminya, kalau bengkok maka bengkoklah juga dia. Jadi sebagai seorang suami banyakkan bersabar dan bimbing isteri ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Suami isteri saling itu melengkapi antara satu sama lain. Kalau terguris, maafkan dan meminta maaf untuk pastikan sentiasa rasa dilengkapi bersama.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen