"Alhamdulillah, syukur..." Balu Abam kini mempunyai kedai

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki seorang ibu, selepas lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan, kini isteri Allahyarham Abam Bocey sudah mampu memiliki sebuah kedai di Sabak Bernam, Selangor.





Berita gembira itu dikongsi oleh Hidayah sendiri di laman Instagram miliknya hari ini.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.”

“Terima kasih abang Dayah Sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah dan keluarga tercinta sentiasa doakan serta sokong Dayah.”

“Terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat pada 02/08/2020.. Alhamdulillah syukur..” jelasnya di akuan Instagram miliknya.



Sejak April lalu, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, telah melakukan perniagaan cempedak dan durian goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan.



Menurut laporan Mstar, Hidayah telah mengusahakan perniagaan itu bagi menanggung kos perbelanjaan dan membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang ini berusia setahun.



Sebelum ini, Hidayah dan Abam telah berkahwin pada 8 Disember 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Allahyarham Syed Umar Mokthar Syed Redzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam telah meninggal dunia 10 Februari lalu selepas mengalami demam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen