"Faraid langkah terakhir.." -Isteri wajib 'tuntun' perkara ini dahulu, jika suami ditakdirkan 'pergi'

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hal undang-undang, ada yang takut untuk mengambil tindakan dan ada juga yang tak jelas. Itu yang membuatkan ramai lebih memilih untuk mendiamkan diri dan buat tak tahu saja. Nak-nak lagi bab lakukan tuntutan harta.

Menurut Khairul Fahmi Ramli, seorang peguam Syarie, selalunya kita tahu akan orang yang bercerai hidup saja boleh buat sebarang tuntuan tapi ramai yang tak tahu bahawa cerai mati juga boleh lakukan beberapa tuntutan.





Faraid adalah perkara terakhir

Jelasnya, selalu orang hanya fikir nak selelsaikan isu Faraid saja, tetapi ramai yang terlepas pandang akan tuntutan yang wajar dituntut oleh seorang balu keatas ahli waris simati yang lain.

“Selalu kita faham, bila berlaku perceraian yang mana kedua-dua pasangan masih hidup ada beberapa tuntutan yang boleh dituntut oleh seseorang bekas isteri. Cuma, kita jarang ambil tahu, tentang seorang balu (isteri kematian suami) juga mempunyai beberapa hak yang pada saya sangat perlu diselesaikan.”



Hutang semasa perkahwinan


Jika suami pernah pinjam atau gadai barang milik isteri, maka isteri boleh menuntut perkara ini. Bahkan, ia perlu dilakukan dengan persetujuan waris juga.



Harta sepencarian pun boleh dituntut

Jelasnya, perkara seperti harta sepencarian, hak jagaan anak serta nafkah anak juga perlu dituntut. Walaupun ada yang merasakan mampu tetapi lebih baik lakukan tuntutan bagi masalah kemudian hari.



Jangan lupa lakukan pengesahan Hibah

Tambahnya, jika balu membuat tuntutan ini dan mendapat pengesahan mahkamah maka harta yang dituntut tak boleh dinamakan sebagai harta pusaka untuk faraid.

Menurut Fahmi, bukan bila ada kematian semua harya teus ke ahli waris dan boleh difaraid, tetapi wajib selesaikan hutang dan juga wasiat terlebih dahulu.



Bagi elak isu berbangkit kemudian hari, jangan takut nak tuntut apa yang sepatutnya menjadi milik anda jika berada di pihak yang benar. Pastinya akan dipermudahkan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen