Hancur luluh perasaan suami bila melihat isteri terbujur kaku di jalan raya

Oleh: Zuzu Yasmine

Turut sebak mendengar tangisan suami apabila melihat isterinya terbaring di atas jalan selepas dipercayai meninggal dunia akibat digilis sebuah treler dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Ular semalam.

Meraung di sisi jenazah isteri

Berdasarkan laporan Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat.



Pasangan itu dikatakan telah mendirikan rumahtangga dua tahun lalu dan memiliki anak perempuan yang baru berusia tujuh bulan.

Tangisan menyentuh hati

Kebetulan melalui kawasan tersebut, Ahmad Norrizman sempat merakam saat yang memilukan bila mana melihat suami mangsa menangis teresak-esak di sisi jenazah isterinya.

Mangsa digilis treler

Menurut Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.

"Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan," katanya.



Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen