Hikmah naluri bapa, empat sahabat ditemui tak sedarkan diri dalam kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati ibu bapa mana yang tidak bimbang anaknya tidak pulang ke rumah apabila sudah lewat. Nak-nak lagi bila call tak dapat dan tiada berita dari anak-anak. Itulah yang dirasai oleh bapa kepada salah seorang mangsa empat sahabat yang dipercayai lemas karbon monoksida di stesen minyak di Sama Gagah di Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam.

Kerana bimbang mangsa masih belum sampai ke rumah pada waktu yang sepatutnya, bapa Ayuni Shazwanie Shabri, 21, dikatakan keluar mencari anaknya selepas mendapat mesej dari anaknya kepada ibunya pada jam 9.15 malam.





Kereta hidup, tak sedarkan diri

Menurut laporan Harian Metro, bapa Ayuni dikatakan menjumpai kereta yang dinaiki empat sahabat itu dalam keadaan masih hidup namun, kesemua mereka sudah tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi pertugas perubatan.

“Dalam kejadian pada itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).”

Sementara itu, bapa kepada pasangan kembar Nor Adilah Mohd dan Nor Aqilah, 21, mengetahui kejadian yang menimpa anak kembarnya pada 1 pagi selepas dihubungi keluarga salah seorang rakan anaknya.



Bimbang anak tak pulang

Menurutnya, sebelum kejadian itu dia telah cuba menghubungi anak kembarnya tetapi tidak dapat serta menimbulkan rasa tak sedap hati kerana sudah lewat malam.

"Saya nak cari mereka di mana sebab saya tak tahu lokasi mereka berada ketika itu, saya cuba menghubungi telefon bimbit dua rakan mereka itu tetapi tak dapat juga," kata Mohd Safwan Yaacob, 40-an.



Jelasnya, sebaik saja menerima berita tesebut, dia segera ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak namun, dalam keadaan bimbang kerana dua anaknya dikatakan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian saya dimaklumkan seorang rakan mereka sudah meninggal dunia dan berdoa semoga anak-anak saya dan seorang lagi rakannya selamat.”

“Anak sulungnya, Nor Adilah disahkan meninggal dunia manakala kembarnya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur,” katanya.



Berdasarkan Harian Metro, mangsa dikatakan berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan terhadap MPV itu dilakukan oleh juruteknik syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, juruteknik itu syak berlaku kebocoran pada ekzos MPV berkenaan kerana ekzos itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.”

"Kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan," katanya.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mata mengejut.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen