Haram hukumnya, jika 'berimaginasi' orang lain ketika 'bersama' pasangan

Hanya kerana ingin puaskan nafsu, jangan abaikan perkara yang salah di sisi agama. Kalau dulu berkahwin untuk elakkan maksiat, tapi bila rumahtangga lain pula jadinya.



Agak mencabar menjadi suami isteri pada zaman ini, makin tinggi dugaan yang perlu dihadapi bersama. Mungkin ada yang tidak tahu, mungkin juga akan ada yang tidak sangka akan perkara ini.

Berdosa dan haram!

Membayangkan seseorang yang lain saat bersama pasangan demi kepuasan diri adalah perkara yang haram dan berdosa, menurut perkongsian video Imam Muda Hassan.



Jelasnya, ia adalah perkara yang bertentangan dengan agama Islam.

Tambahnya, walaupun ia bukan satu perbuatan zina, tapi perbuatan itu hampir-hampir dengan perbuatan zina dengan orang lain, malah seolah-olah tidak malu dengan Allah s.w.t.

Hubungan renggang

Katanya lagi, jika perkara sebegini berterusan dan tidak dibendung, hubungan suami isteri akan rosak malah akan berlaku kepincangan dalam rumahtangga. Tak hanya itu, ia juga akan merenggangkan perasaan kerana perasaan itu tiada disebabkan suami atau isteri hanya menjadi alat untuk memuaskan nafsu saja.

Eratkan hubungan kasih sayang

Menurutnya lagi, dalam Islam, hubungan ini diadakan untuk mengeratkan perasaan cinta dan sayang.

Beliau juga menasihati agar bertaubat dan berubah buat sesiapa yang melakukan perbuatan ini.




Diharapkan perkara sebegini tidak akan jadi dalam rumahtangga sesiapa pun serta pasangan setia dan menyayangi setulus hati bukan kerana agenda lain.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen