Jumlah kes COVID-19 di Malaysia kini cecah 10,000 kes

Oleh: Zuzu Yasmine

Semakin membimbangkan bila kes COVID-19 semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun ada turun naiknya, tetapi masyarakat tentunya sudah mula rasa resah jika terpaksa berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi sekali.

Berdasarkan laporan Harian Metro, jangkitan baharu dalam negara terus meningkat semalam hingga jumlah keseluruhan sudah mencecah 10,031 kes.



Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 61 daripada 62 kes itu adalah penularan tempatan, manakala satu kes import dari India yang membabitkan warganegara.



Tambahnya, bagi penularan tempatan, 59 kes dilaporkan di Sabah iaitu 48 kes babit Kluster Benteng LD, empat kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu, tiga kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia, dua kes saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan masing-masing satu kes daripada Kluster Pulau serta saringan di Penjara Sandakan.

"Dua lagi kes tempatan direkodkan di Kedah membabitkan Kluster Sungai dan satu kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 serta kes ke-9,459 yang juga ahli keluarga kepada mereka di Pulau Pinang," katanya.



Dr Noor Hisham katanya, terdapat 15 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan. Jelasnya lagi, sebanyak 26 kes dilaporkan pulih, dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,235 kes atau 92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Tiada pertambahan kes kematian yang menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 128 kes," jelasnya.



Masyarakat sentiasa diingatkan untuk menjaga jarak, memakai penutup muka dan juga kerap membasuh tangan. Sama-sama kita jaga kita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen