Selalu nak jadi yang terbaik buat pasangan, hati-hati tanpa sedar anda mungkin akan depresi

Setiap orang paling takut kalau kehilangan orang yang dia cintai. Nak-nak lagi jika pasangan itu kekasih hati ataupun bakal teman hidup. Tentunya rasa ingin menjadi yang terbaik dan juga ingin menjaga hubungan sebaik mungkin akan sentiasa dirasai.



Adatlahkan kalau ada gaduh-gaduh dalam hubungan ni. Kalau serius dan bahagia memanjang pun tak seronok juga.

Tapi, tak elok juga kalau bergaduh sampai beri kesan kepada emosi dan juga kesihatan mental.



Satu kajian yang telah dilakukan oleh University of Missouri, Columbia yang melibatkan 500 orang yang memiliki kekasih. Berdasarkan jumlah tersebut, 60 daripada mereka kerap berdepan dengan pergaduhan on, off.

Tak sehaluan

Menurut Independent, hubungan seperti ini berlaku kerana beberapa faktor seperti kurang komitmen terhadap hubungan yang dibina serta memiliki komunikasi yang buruk antara mereka.



Perpisahan juga boleh berlaku akibat daripada perdebatan kerana perbezaan atau salah seorang berlaku curang. Tapi, menjadi lebih rumit apabila kedua-duanya masih menyimpan rasa cinta.

Selalu dalam hubungan yang membuatkan anda rasa cemburu bukanlah perkara yang baik. Sentiasa berasa bimbang dan memikirkan pelbagai perkara untuk tawan hati pasangan agar dia kekal setia tentunya sangat meletihkan. Jika berada dalam situasi ini secara berterusan, ia boleh menyebabkan depresi.



Memang tak boleh bersama

Kata pakar psikologi Madeleine Manson, hubungan putus dan sambung ini sebenarnya terjadi kerana pada asasnya pasangan ini tidak boleh bersama lagi.

Jadi, jika perkara serius berlaku anda digalakan untuk berbincang secara serius sehingga dapat penyelesaian yang baik, sama ada ingin kekal bersama ataupun membawa haluan masing-masing. Jangan korban kesihatan diri untuk perkara yang belum pasti.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen