"Taknak penumpang kebasahan..." - Tindakan pemandu bas payungkan penumpang di setiap 'bus stop', dipuji ramai

Setiap orang dituntut untuk melakukan perkara yang baik, tidak kiralah sesama manusia mahupun haiwan, dan semestinya setiap perbuatan baik akan memberi kesan positif terhadap seseorang.



Di Facebook telah tular sebuah perkongsian daripada seorang wanita, Dini Hashim tentang tindakan seorang pemandu bas Singapura yang telah memayungkan setiap penumpang di dalam bas tersebut setelah turun di destinasi.

Terima kasih Uncle!



Turun memayungkan penumpang

Berdasarkan perkongsian daripada Dini Hashim, tindakan pemandu bas yang turun dan memayungkan penumpang supaya tidak basah ketika hujan telah dipuji ramai.

Jelasnya, pada awalnya dia tidak menyedari bahawa pemandu yang turut memayungkan penumpang, namun setelah berlaku beberapa kali pada perhentian lain barulah dia menyedari akan perkara itu.

Tambahnya, jarak di antara bas dan juga bus stop agak jauh, oleh itu pemandu tersebut akan turun daripada bas untuk mengambil penumpangnya dengan payung.



'Win-win situation'

Berdasarkan perkongsian itu juga, Dini menjelaskan bahawa pemandu tersebut telah melakukan perkara itu selama bertahun-tahun.

Pemandu itu juga menjelaskan bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana mahu penumpangnya kekal kering di samping bas yang dipandunya juga tidak basah.





Tindakan pemandu bas tersebut mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata memuji sikap baik hatinya pemandu tersebut.




Artikel Lain

Tinggalkan Komen