"Jadikan ungkapan rindu & sayang mahal!" -Pesanan lelaki ini memang 'win'

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai, bahkan bercinta sebelum kahwin itu boleh dikatakan sesuatu yang biasa. Malah, ramai yang berjaya membawa cinta hingga ke jinjang pelamin.

Tapi yang membezakan, bagaimana kita menjaga batas sebelum berkahwin.



Ada orang sebelum kahwin, sudah saling bersentuh malah, ada juga yang tak ucap goodnight je merajuk berhari-hari. Tapi ada juga yang mampu menjaga batas pergaulan dengan baik walaupun sedang berkasih sayang.



Sayang, rindu itu mahal

Seperti perkongsian Amirul Ruslam, dirinya berpendapat bahawa perkataan sayang, rindu dan sebagainya adalah perkara yang mahal dalam perkahwinan. Tambahnya, dia juga menyatakan jika selalu sangat disebut akan menjadi biasa sama seperti sentuhan, sudah tiada yang istimewa.





Seronok tak kekal lama


Menurutnya, kalau masih baru mungkin tidak ada apa-apa dan seronok, tapi bila dah lama-lama tentunya akan habis idea malah dah hilang rasa excited dalam hubungan.

Beliau juga memberikan beberapa contoh untuk menegaskan lagi pendapatnya.





Beliau juga berpendapat bahawa, tidak menyembutkan rasa sayang itu bukan tanda tak sayang tapi ia lebih bererti selepas nikah.






Darah muda masih panas


Jelas Amirul, dia faham akan darah muda yang ingin berpasangan kerana dia pun seperti itu tapi jika kawal nafsu, fokus perbaiki diri dahulu tentunya akan dibalas dengan perkara yang tidak dijangka.





Beliau turut berpesan, untuk tidak terlalu teruja melihat pasangan belum bernikah muat naik sesuatu yang sweet.



Bila dah saling suka sama suka tu, segerakan mana yang wajib dulu. Tak payah nak tunggu lama-lama, halalkan hubungan terus.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen