Tak nak kisah lama ulang semula, antara sebab Uncle Kentang buat van jenazah percuma

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tak kenal dengan lelaki berbangsa cina ini. Sikapnya yang suka membantu orang sememangnya sangat disenangi masyarakat. Mesra dengan panggilan Uncle kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng sememangnya aktif dengan kebajikan.

Sikapnya yang penuh keprihatinan malah, sentiasa sukarela tampil membantu permudahkan urusan pengkebumian jenazah umat Islam membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan dia melakukan itu. Sedangkan, mereka berlainan agama.



Punca sebenar

Satu perkongsian dilaman Fecebook miliknya akan menjelaskan mengapa dia lakukan perkara ini selama ini.

“Mengapa kita bantu mereka yang meninggal. Kerana masa itu kami semua tak mampu belikan ayah keranda.”

“Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jenazah? Kerana semasa ayah saya mati, kami tak mampu beli keranda.”

“Jam 3 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang, bangku kayu, ditutup oleh tikar mengkuang. Kami tak mampu urus beliau,” katanya.

Jelasnya, ketika itu dia baru saja tamat SPM dan dia bernasib baik kerana abangnya dapat meminjam wang dari arwah Mr. Fong sebanyak RM2,500.

“Tak kiralah siapa susah, mereka boleh pakai van jenazah.”

Kenapa memilih bantu orang Islam

Dalam perkongsian itu juga beliau turut menjelaskan mengapa dia tidak membeli van mayat untuk bukan Islam.

“Tak perlu, kerana saya tak akan boros. Kerana banyak group Cina buat bisnes mayat, dan India pun ramai buat van mayat. Dari Mercedes hingga ke Vellfire, hingga ke van mewah.”


“Siap nombor cantik 8888, 6868, 118, 668. Jadi kita leverage kat mereka ini, call Bee Chai, dia akan urus A ke Z. Call Rajoo dia akan bawa sami dan urus A to Z dan murah.”


“The Non Muslim can leverage on the funeral parlours, dan yang penting kita hanya jadi driver van jenazah,” tambahnya.

Tak nak kisah berulang kembali

Beliau yang tidak mahu mengulangi kisah sedih ayahnya menjadi punca mengapa beliau memilih untuk hulurkan bantuan.

“Episod sedih ayah saya, tidak mahu diulangi lagilah. Kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita.”

Jelasnya, dia hanya menyediakan van sahaja, namun urusan mandi dan pengebumian diserahkan kepada team kebajikan urus jenazah.

“Kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat dikebumikan dengan sempurna mengikut adat masing-masing..”





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen