Bermula dengan sekadar 'suka' pakai tudung, kini gadis Sarawak ini nekad peluk Islam.

Hidayah itu milik sesiapa saja yang mencarinya. Tidak kiralah siapa pun, Allah sentiasa membuka peluang kepada hambaNya untuk lebih dekat kepadaNya.



Melakukan penghijrahan bukanlah satu perkara yang mudah, hati kena kental dan orang sekeliling juga perlu beri sokongan yang positif. Tapi yang penting hati untuk mendalami Islam itu.



Cuba-cuba pakai tudung

Siapa sangka dari mula hanya sekadar cuba-cuba saja selepas itu hati mula tertarik dengan Islam lebih mendalam. Itu lah yang dilalui oleh gadis manis ini Jessicakrh atau nama Islamnya Nur Jessica.

Menurut satu perkongsian di laman Twitter, mula-mula dia hanya mencuba untuk memakai tudung atau selendang saja beberapa kali.



Suka memakai selendang

Jelasnya dalam perkongsian tersebut, walaupun dia bukan Islam tapi dia suka akan penampilan dirinya yang berselendang ketika itu.

Namun, siapa sangka dengan hanya cuba-cuba bertudung saja, semalam dia berkongsi dengan pengikutnya kini dia telah bergelar seorang Muslim.



Segala urusan dipermudahkan

Tambahnya, segala urusannya dipermudahkan termasuklah ketika dia baru saja tiba di pejabat agama.

Dia juga sangat berterima kasih atas segala doa dan kebaikan orang sekelilingnya.



Perkongsian ini telah mendapat respon yang baik dari warganet, yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan penghijaran gadis itu.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen