Bila beri isteri duit, jangan anggap sebagai sedekah tapi...

Amalan sedekah boleh menghapuskan dosa kecil. Sebagai orang Islam, kita sangat digalakan untuk memberi sedekah kepada orang lain. Walaupun sedikit ia tetap akan memberi kelebihan di akhirat kelak.

Sedekah itu ada pelbagai cara, ada yang memberi wang, atau belanja makan orang sekeliling.



Bagaimana pula suami yang memberi wang kepada isterinya? Adakah ia dianggap sebagai satu sedekah juga?

Menurut perkongsian Mohd Fhais, rupanya suami tidak boleh bersedekah kepada isteri. Ramai yang tidak tahu akan perkara ini.

Jelasnya, setiap hari jumaat dia akan memberi wang kepada isterinya berserta niat bersedekah. Namun, sebenarnya sedekah ini tidak boleh sesuka hati nak-nak lagi isteri yang mempunyai suami berkemampuan.





Beri duit pada isteri anggap hibah


Tambahnya, kajian yang dilakukan duit yang diberi pada isteri ini patut niat sebagai hibah.

“Hibah ni adalah pemberian atas dasar kasih sayang bukan untuk kejar pahala.”





Sama kepada ahli keluarga lain

Menurutnya, perkara ini sama juga bila bagi duit kepada anak-anak atau ibu bapa, niatkan sebagai hibah bukan sedekah.

“Bab pahala tu Wallahu A’lam, mungkin dapat mungkin tidak tapi yang pasti kasih sayang makin bertambah.”

“Kasih sayang bertambah, semua orang bahagia,” katanya.



Selepas ini encik suami kalau beri duit kepada anak-anak, isteri atau ibu bapa bolehlah niat sebagai hibah.




Artikel Lain

Tinggalkan Komen