Penangan pencarian 'jodoh', bakal doktor terima lebih 200 mesej dari wanita

Bila dah berusaha, selepas itu semuanya akan diserahkan kepada Allah. Kalau dengan cara ini dapat bersatu dengan pasangan hidup, tak salah pun nak mencubanya.



Itu yang dilakukan oleh bakal doktor, Muhammad Naquib Hasief Baharin, 26, sehingga mendapat lebih 200 pinangan untuk menjadi calon isterinya.



Telefon bimbit 'hang'

Menurut Naquib, ramai wanita menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram namun mengakui dia belum sempat membalasnya. Malah dia juga menyatakan telefon bimbitnya alami gangguan kerana perkara itu.

"Mungkin saya memerlukan lebih masa untuk membalasnya. Namun jika ada mesej yang terlepas pandang, saya mohon maaf," katanya.



Bukan paras rupa jadi pilihan

Tambahnya, dia akan membuat pemilihan berdasarkan kriteria, keserasian serta gerak hatinya selain mendapat restu keluarga. Malah, dia tidak berniat mahu menjatuhkan maruah sesiapa. 

"Rupa paras bukanlah keutamaan saya, yang penting wanita itu berpendidikan, sopan, pandai membawa dan menjaga diri selain serasi dengan keluarga saya.

"Walaupun begitu, saya serahkan segala-galanya kepada Allah dan 'follow the flow' kerana perlu mengenali hati budi masing-masing terlebih dulu," katanya.



Dilakukan secara spontan

Katanya, tindakan ini bukan kerana dia terdesak atau didesak oleh sesiapa tetapi lebih kepada sesuatu yang tidak dirancang.

Sebelum ini, Naquib memuatnaik resume bagi mencari calon pengantin wanita di laman Twitter sehingga tular di kalangan warganet.

 

 



Artikel Lain

Tinggalkan Komen