Lama membujang, peguam mulakan pencarian calon isteri di laman sosial

Setiap manusia tentunya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga, dan menjalani hidup bersama pasangan yang dicintai namun, mencari pasangan hidup bukanlah semudah yang dibayangkan.

Taktik mempromosikan diri sendiri di media sosial dalam mencari jodoh semakin menjadi trend sejak akhir-akhir ini. Masing-masing sudah semakin berani demi mencari pasangan sejati.



Kalau sebelum ini ada bakal doktor dan juga ahli farmasi, tapi kali ada insan istimewa yang lebih berani lagi dalam usaha mencari jodoh ini.



Kawan-kawan sarankan supaya segera dapatkan jodoh

Menurut perkongsian di ruangan Facebook Salim Harmanain, dirinya memberanikan diri selepas disarankan oleh beberapa rakannya. Disebabkan itu, dia memulakan langkah pencarian pasangan hidup dengan cara ini.




Jelasnya, dia tidak pasti kalau ada yang senasib dengannya melakukan perkara seperti ini tapi ini adalah salah satu usaha darinya.

Berdasarkan perkongsian itu juga, dia menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dirinya untuk memudahkan mereka mengenalinya dengan lebih dekat.



Bukan anak manja!

Menurut Salim, walaupun dia anak tunggal tetapi segala keputusan dalam menentukan hidup adalah terletak pada dirinya sendiri, termasuk juga bab pasangan hidup ini.




Tambahnya, dia seorang yang suka bercakap jika tidak percaya boleh tanya dengan orang sekelilingnya.



Pasangan yang dicari

Dia juga meletakkan beberapa kriteria pasangan hidup bagi memudahkan mereka yang berminat untuk berkenalan dengannya lebih dekat lagi.

Disamping itu juga, dia berharap agar dapat berkenalan dengan seseorang hingga ke jinjang pelamin.



Perkongsian ini mendapat kata-kata positif dari warganet yang turut mendoakan agar bertemu jodoh yang baik.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen