Hidup berumahtangga penuh dengan ujian, siapa mampu bertahan hubungan akan kekal tapi jika sebaliknya...

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumahtangga mana yang tidak dilanda badai, jalan nak menujuk kebahagiaan bukanlah satu perkara yang mudah, perlu rasa pahitnya dulu baru tahu erti kemanisan dalam rumahtangga. Tapi, itupun kalau kedua-duanya sama-sama berjuang dalam mempertahankan rumahtangga yang terbina.

Perkongsian Imam Muda Hassan dalam ruangan Instagramnya itu ada betulnya.



Menurutnya, dugaan buat pasangan suami isteri ada pelbagai jenis. Biasanya lima perkara ini yang dilalui dalam masyarakat.

“Dugaan buat suami isteri, duit tak cukup, emosi tak stabil, orang ketiga, tekanan keluarga.”

Ujian silih berganti dalam rumahtangga

Tambahnya, rumahtangga mana yang tidak mahu bahagia. Sebab itu semasa akad pastikan dah buat perjanjian untuk susah senang bersama.

“Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati. Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri.”

 



Dia juga menyatakan bahawa tiada siapa akan menduga apa yang akan berlaku kemudian hari.

“Hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah.

“Satu persatu dugaan datang melanda, duit tak berapa nak ada, emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja, pasangan mula buat perangai mengada-ngada, diganggu oleh orang ketiga dan dipandang hina oleh ahli keluarga,” jelasnya.

Dia juga menyatakan bahawa, ada yang mampu berdepan dengan ujian tersebut tapi ada juga yang sebaliknya.

Pesanan buat pasangan suami isteri

Imam Muda Hassan juga turut berpesan kepada pengikutnya bahawa setiap yang berlaku itu ada jalan penyelesaiannnya.

“Saudara-saudari, bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA.

“Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA!,” tambahnya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Cari penyelesaian bersama dan jangan hanya pentingkan diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen