Nikah muda bukan penghalang untuk berjaya, kisah wanita ini beri inspirasi buat semua

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita berusaha, Allah tentu akan tunjukkan jalan memudahkan segalanya. Seperti perpatah melayu berkata, ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan...’, paling penting jangan putus asa.


Nak-nak lagi kalau kita ada pasangan yang sentiasa di sisi saat susah dan juga senang. Sama-sama berusaha untuk mengubah diri tentunya akan dipermudahkan segalanya.

Satu kisah yang memberi inspirasi buat mana-mana pasangan suami isteri dikongsi melalui laman Instagram Aisyahhijanah.



Mula dengan Myvi sambung bayar

Menurut Aisyah, disaat awal perkahwinan dia hanya memiliki sebuah Myvi, itu pun miliki makcik suaminya Alif. Jelasnya lagi, Myvi tersebut pun sambung bayar dan menjadi kenderaan mencari sumber rezeki.



Tambahnya lagi, bukan mudah nak hadapi jatuh bangun, nak-nak lagi mereka ini bernikah di usia yang mudah.

Usaha membuahkan hasil

Namun begitu, menurutnya rezekinya dipermudahkan dimana tak sampai setahun dia dan suami dapat merasa sebuah kereta import hasil usahanya sendiri.



Baginya, sungguh hebat kuasa Allah dalam mengubah hidup hambaNya. Dia juga menyatakan walaupun ada yang mengutuk tetapi dia tetap terus melangkah.

Alhamdulillah... dipermudahkan

Aisyah juga berasa syukur kerana keluarga makin membesar malah perniagaan juga semakin maju. Tidak hanya itu saja, dia juga menyatakan pada saat ini Allah beri rezeki Vellfire pula kepadanya.



Dikesempatan itu juga dia meninggalkan beberapa pesan buat pengikut Instagram miliknya.

“Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya selagi hambaNya tidak usaha untuk mengubah nasibnya sendiri.”

Semoga kisah ini memberi inspirasi buat pasangan suami isteri yang sedang berjuang dapatkan keselesaan hidup. Jangan cepat putus asa dan sentiasa ada saat susah senang bersama pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen