Rahsia disebalik senyuman lelaki. Hati-hati yang mudah tergoda tu

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata dari mata turun ke hati. Satu senyuman yang manis tentunya mampu mencairkan hati seseorang. Dengan satu senyuman, boleh buat orang lain turut tersenyum juga.

Namun, hati-hati juga dalam memberi senyuman kepada orang lain, takut-takut terjatuh hati.


Kalau senyuman seorang wanita, begitu mudah untuk membacanya. Tapi, bila senyuman orang lelaki itu yang membuatkan ramai wanita tersalah sangka.

Setiap senyuman yang diberikan itu ada maksud yang tersembunyi. Haaa... hati-hati.

Ini maksud senyuman dari lelaki, lepas ini taklah salah sangka.



Senyuman lebar nampak gigi

Lelaki yang mempunyai senyuman ini adalah mereka yang memiliki keyakinan tinggi. Tak hanya itu, mereka ini juga seorang yang realistik namun, kelemahannya mudah selesa bila sudah senang. Mereka yang memiliki senyuman ini adalah mereka yang sentiasa terima apa saja dan sentiasa rasa bersyukur.

Senyuman bibir tertutup rapat

Selalunya lelaki yang memunyai senyuman ini adalah mereka yang bersifat misteri atau penuh rahsia. Mereka kurang mendekati wanita kerana lebih tertutup orangnya. Tapi ada juga mereka yang berikan senyuman ini kerana berdepan dengan masalah mulut berbau atau masalah gigi.

Senyuman teragak-agak

Eh, nak senyum ke tak nak senyum nie? Mereka yang memiliki senyuman seperti ini adalah mereka yang introvert. Biasanya mereka ini agak sukar nak sesuaikan diri dalam situasi yang baru. Tapi, bila dah lama kenal baru anda tahu dialah yang paling petah berkata.

Senyuman ‘fake’

Mereka yang mempunyai senyuman ini biasanya tidak suka jika dilihat terus ke matanya. Mereka ini boleh bergelak ketawa besar tapi matanya tidak akan tertutup apabila senyum. Macam ada yang dia ingin sembunyikan dah rahsiakan. Ada juga yang menyatakan, orang seperti ini susah nak setia pada yang satu.

Setiap senyuman yang dilemparkan itu membawa keikhlasan hatinya. Jangan mudah cair dengan senyuman seseorang yang belum anda tahu siapa dirinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen