"Tak ada siapa nak main dengan saya..." - Shahrul Ridzwan kongsi punca anak meragam tiba-tiba tanpa sedar

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa juga manusia biasa, tak lari dari terleka dan lakukan kesilapan. Tak akan ada ibu bapa yang sempurna, walaupun telah lakukan sehabis baik.

Bila anak meragam memang mudah ibu bapa naik angin, tapi dalam tak sedar sikap ibu bapa menjadi punca mengapa anak sebegitu. Jangan hanya salahkan anak saja, cuba lihat kembali sikap kita sebagai ibu bapa.



Itu antara luahan di Instagram dan pengalaman yang dilalui oleh pelakon Saharul Ridzwan terhadap anak sulungnya Muhammad Luth Ali, 3 tahun.



Baba minta maaf Ali

Menurut Shahrul Ridzwan, hari tersebut dia agak penat sedikit malah isterinya Deena juga kurang sihat membuatkan dia lebih fokus kepada Fateema dan meletakkan Ali dibawah jagaan makciknya.

"Anak anak ada perasaan, dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan. Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik saya rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema untuk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia.



Ali mula megamuk

Jelasnya, Ali tiba-tiba mula meragam dengan meminta ingin menonton king kong berserta mainan ditangannya. Rupanya, kerana tiada siapa yang mahu bermain dengannya punca dia berkelakuan seperti itu.

"Kenapa menangis? Awak dah besar. Awak tidak boleh menangis seperti bayi. Banyak kali saya tanya dan akhirnya dia cakap, tidak ada yang mahu bermain dengan saya. Saya mahu bermain.

"Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu-sedu dia nangis. Saya peluk dia, cakap jom keluar dengan baba, jalan jalan naik kereta. Seronok dia," tambahnya.



Ibu bapa kadang terleka


Beliau berpendapat, sebagai ibu bapa kadang kala kita terlepas masa bersama anak-anak lalu menyalahkan anak kembali apabila mereka inginkan perhatian.

“Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang masa untuk anak-anak kita, kadang-kadang kita fikir yang anak-anak buat perangai sebab degil, taknak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita. Kita kurang peka dengan anak-anak kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita,” katanya.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen