"Kes Covid cetus kebimbangan..." - 28 mukim di Kedah laksanakan PKPD bermula esok

Oleh: Zuzu Yasmine

Agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini kerana peningkatan kes COVID-19 di beberapa buah daerah. Beberapa hari lalu, kes telah meningkat mencecah 3 angka menimbulkan kebimbangan ramai pihak terutamanya masyarakat.

Bimbang semakin meluas penyebaran wabak ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah. Berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September depan.



Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan membabitkan 366,787 penduduk.



Jelasnya, semua individu termasuk yang ingin keluar masuk untuk bekerja juga tidak dibenarkan di kawasan PKPD berkenaan.

Tambahnya, keputusan itu diambil dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam selepas mengambil kira peningkatan kes Kluster Sungai dan Tawar di daerah itu.

"Pelaksanaan itu juga, selaras cadangan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor supaya PKPD Secara Pentadbiran dilaksanakan di kawasan jangkitan Covid-19 kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Covid-19.

"Keluar masuk daerah adalah dilarang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan kawalan dan sekatan jalan raya.

"Feri jeti Kuala Kedah juga tidak dibenar beroperasi dan orang ramai boleh mencari alternatif lain seperti melalui jeti di Kuala Perlis.
"Selain itu, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan sehingga tamat PKPD pentadbiran Kota Setar ini," katanya

Majikan perlu beri arahan kepada pekerja

Ismail Sabri berkata, majikan perlu mengambil maklum arahan ini memandangkan pekerja tidak dibenarkan keluar masuk untuk bekerja.

"Kerajaan berharap pekerja tidak akan diambil tindakan kerana tidak datang bekerja.
"(Mereka) Boleh bekerja dari rumah," katanya.

 

Rumah ibadat, sekolah ditutup

Menurutnya, semua aktiviti sukan, sosial, budaya adalah dilarang.

Malah, katanya, institusi berkaitan pendidikan termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), sekolah rendah dan menengah, universiti akan ditutup manakala sesi pengajian di institut latihan kemahiran turut ditangguhkan.

"Masjid dan rumah ibadat lain diarahkan tutup sepanjang tempoh berkenaan,"

Beberapa permis akan dibuka

Bagi memudahkan, terdapat beberapa permis akan kekal dibuka untuk memastikan keselesaan penduduk.

"Hanya premis menyediakan perkhidmatan perlu sahaja seperti kedai makan, runcit, hospital, klinik dan stesen minyak yang dibenarkan beroperasi.

"Tempoh operasi untuk restoran adalah 8 pagi hingga 8 malam dan hanya take away (bungkus bawa balik) dibenarkan.

"Operasi hospital dan klinik dibenarkan 24 jam manakala farmasi sehingga 8 malam. Operasi pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan," katanya.


Hanya ketua keluarga saja dibenarkan

Tambahnya, hanya ketua keluarga dan seorang individu dari sebuah rumah dibenarkan keluar membuat pembelian.

Semoga wabak ini akan cepat berakhir.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen