TIPS: "Malam jumaat" yang ditunggu-tunggu pasangan suami isteri. Ini kelebihan tersembunyi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Malam yang sentiasa menjadi kata-kata orang bujang, malah malam ini adalah yang dinantikan oleh suami isteri. Malam jumaat adalah malam sunat untuk suami isteri melakukan hubungan intim.

Ini adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang ditinggalkan buat semua umatnya.



“Segala yang datang daripada Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau pengakuannya.”

Lelaki dan perempuan mempunyai fitrah semulajadi yang tidak boleh dihalang. Namun, akibat terdorong hawa nafsu dan minda maka ramai yang memikirkan nafsu saja. Sebab itu pentingnya kita memahami as-Sunnah untuk dijadikan sandaran dalam menjelaskan lebih dalam mengenai malam jumaat ini.



Firman Allah s.w.t bermaksud;

“Dihisai bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita...”

(Surah Ali Imran ayat 14)

Allah juga berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 187 bermaksud; “Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka...”

Dalam firman lain juga Allah s.w.t bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki”

(Surah Al Baqarah ayat 223)

Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih.

Sementara maksud perkataan “datanglah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara, teknik dan posisi sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan tidak melalui duburnya!!



Kelebihan malam jumaat mengikut sains

Menurut kajian Princeton pada tahun 2010. Siapa yang aktif melakukan hubungan intim, pertumbuhan sel di bahagian hippokampus (kawasan otak pada sistem limbik yang melibatkan perlakuan dan emosi individu) akan lebih banyak diproses, dan kemudian menyebabkan individu tersebut kurang rasa tertekan.

Jadi tidak hairanlah apabila individu saling bersentuhan dan dibelai penuh kasih sayang, serba sedikit ia dapat membantu seorang rasa relaks, dan berehat dari memikirkan dunia luar.

Tambahnya apabila hubungan intim berlaku, secara automatik badan akan mengeluarkan oxytocin dimana satu bahan kimia yang dapat memberikan anda kehangatan, rangsangan dan juga kelegaan melepaskan nafsu klimaks.



Pada masa yang sama juga, hubungan intim ini juga salah satu cara pasangan meluahkan rasa cinta, sayang, rindu yang terpendam dengan melalui sentuhan, ciuman, pelukan, bahasa mata dan lenggokkan tubuh badan.

Dijelaskan juga ketika ini, tekanan darah akan tinggi dan kadar penafasan akan laju seperti berlari pecut 100! Malah, ketika mula mencapai klimaks akan berlaku ketegangan otot di seluruh badan dan sesetenagh posisi. Perkara itu memerlukan ketahan fizikal yang kuat di beberapa bahagian seperti kaki dan juga tangan, sehingga menyebabkan refleks terhadap otot badan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen