Kes Covid semakin meningkat, Dr. Noor Hisham tegur sikap alpa rakyat & frontliner

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, peningkatan kes COVID-19 semakin meningkat dari hari ke hari. Dengan rasa bimbang, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegur sikap masyarakat dan juga petugas barisan hadapan yang kelihatan semakin alpa akan kehadiran virus ini disekeliling.



Katanya, nasihat yang telah diberikan mula diambil ringan.



"Ini termasuk oleh petugas barisan hadapan dalam kalangan petugas kesihatan dan agensi lain," tambahnya.

Menurut beliau, sikap itu telah menyumbang kepada peningkatan nilai kebolehjangkitan (R0) Covid-19.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa nilai R0 telah meningkat kepada 1.72 berbanding dua minggu lalu iaitu 0.72. Nilai R0 tersebut telah melebihi paras kritikal iaitu 1.6.



"Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti," tambahnya.

Beliau menjelaskan, petugas barisan hadapan sememangnya mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti Covid-19 atau lain-lain penyakit berjangkit ketika di fasiliti kesihatan.

Tambah beliau, tidak kiralah di fasiliti kerajaan dan swasta. Selain itu, petugas kesihatan juga boleh mendapat jangkitan semasa berada di dalam komuniti iaitu sama seperti individu yang lain di dalam masyarakat.



Sehubungan itu, pematuhan seratus peratus terhadap garis panduan dan tatacara pengurusan semasa bertugas dan juga semasa tidak bertugas adalah amat penting.

"Ketidakpatuhan akan mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19," katanya.

Beliau menambah, anggota kesihatan daripada Kluster Sungai didapati menjangkiti tujuh orang ahli keluarganya.

"Mengambil iktibar daripada kejadian ini, KKM menggesa semua petugas kesihatan, petugas barisan hadapan pelbagai agensi dan juga semua lapisan masyarakat untuk mengambil serius situasi Covid-19 di dalam negara.

"Ambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga diri kita dan keluarga kita pada setiap masa," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen