Baru 10 tahun, budak ini gigih bekerja di Pasar demi rezeki untuk keluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Di saat kanak-kanak lain sedang bermain sehingga penat, tanpa siapa sedar ada dalam kalangan kanak-kanak yang sudah mula mengalas tanggungjawab.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, iaitu Elddie Al Aswad tentang seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Amat. 

"Aku Budak Pasar...

Demi rezeki halal


Menerusi perkongsian di Facebook, Eldiee menjelaskan budak lelaki tersebut perlu bekerja di pasar demi mencari rezeki yang halal buat keluarganya tanpa mengenal erti penat walaupun masih di bangku sekolah. 

"Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula kesana kemari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu. Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh."




Setiap hujung minggu

Dikenali mesra dengan panggilan Amat, setiap pelanggan yang memerlukan khidmatnya dia tidak menetapkan sebarang bayaran malah terserah kepada pelanggan untuk membayar seikhlas hati. Jelasnya, dia percaya akan rezeki yang di sediakan untuknya.






 

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet, ramai yang memberi kata semangat kepada Amat agar terus kuat menempuhi dugaan hidup.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen