Buat pelbagai kerja, lelaki bersyukur akhirnya diterima sebagai Pereka Grafik di Big Tree

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada yang perlu bermula dari bawah dahulu sebelum mencapai apa yang diimpikan. Paling penting jangan pernah putus asa walaupun berkali-kali temui kegagalan.



Sama seperti yang dilalui oleh Muaz Zainuddin ini, dia tak pernah kenal erti putus asa dalam mencari peluang membuatkan dia kini menjadi pereka grafik di sebuah syarikat yang terkemuka.

Menurut Muaz Zainudin, sebelum bergelar pereka grafik, pemuda berusia 24 tahun ini pernah berkerja mengangkat ikan di pasar selain menjual nasi briyani serta bakso dari kedai ke kedai sebelum dipanggil temuduga oleh syarikat tersebut.

Kejayaan aku! 


"2020 banyak dugaan. Bila fikir balik time susah dulu aku rasa syukur dengan achievement aku skarang.. 1- Kerja angkat ikan di pasar

"..2- jual nasi briyani and bakso di pasar payang dari kedai ke kedai. 3- Big Tree panggil Interview. 4- alhamdulillah jadi designer di Big Tree," tulisnya di laman Twitter.

Perkongsian daripada Muaz ini telah mendapat perhatian netizen di laman Twitter, sehingga dikongsikan lebih 1.1 ribu ulang kicau (ReTweet). 

Artwork sampai ke Fashion Week



Pemuda Lepasan graduan Ijazah Sarjana Muda Fotografi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan dia hanya mahu berkongsi pengalaman yang dilalui, malah dia turut mendoakan agar warganet dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah syukur!

"Walaupum biasa tapi saya cuma nak kongsikan pengalaman saya sahaja. Saya doakan anda yang tengok ni dimurahkan rezeki and doakan saya juga. Amin," tambahnya.

Semoga perkongsian daripada Muaz ini mendapat inspirasi kepada netizen.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen