Dah Buat Istikharah Berkali-Kali, Tapi Masih Tak Ada Jawapan. Ini Puncanya...

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berada dalam satu kebingungan, tak tahu keputusan yang bagaimana hendak dipilih. Solat istikharah adalah perkara yang sangat membantu.

Solat ini sinonim dengan mereka yang hendak memilih jodoh, dan mereka yang sedang ragu-ragu dalam membuat keputusan.

Tapi kadang dah banyak kali buat, namun masih juga tak nampak petunjuknya. Malah hati juga masih ragu-ragu.

Menurut pendakwah Ustaz Haslin Baharim, solat istikharah merupakan salah satu sunah Rasulullah SAW. Istikharah itu sendiri bermaksud untuk mencari kebaikan.



Jelasnya, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk menunaikan solat dua rakaat (istikharah) apabila kita hendak melakukan suatu perkara. Ia termasuklah dalam urusan jodoh, pindah rumah atau pekerjaan dan sebagainya.

Istikharah ini berkait rapat dengan hati. Jika hati kita kotor, mana mungkin mendapat petunjuk daripada ALLAH. Ada orang melakukan (ibadah) yang sunat saja, tetapi tidak solat fardu. Sebab itulah solat istikharah itu tak dapat (petunjuk).



Namun, seandainya hati kita bagus dan bersih iaitu orang yang melaksanakan dan tidak pernah meninggalkan perintah ALLAH, maka ALLAH SWT akan mempermudahkan jawapan dan berikan petunjuk kepada kita mana yang baik serta tak baik,” katanya.

Beliau turut memperbetulkan anggapan tergelincir sebilangan masyarakat yang melakukan solat sunat istikharah hanya ketika mencari jodoh. Hakikatnya banyak perkara boleh dilakukan istikharah.

Bukan itu sahaja, beliau menjelaskan, petunjuk atau keputusan kepada jawapan istikharah tidak semestinya menerusi mimpi. Kadangkala ia datang dalam bentuk bayangan dan pemantapan atau ketenangan hati.

“Contohnya, kita dapat kerja yang baik, tapi pendapatannya tidak banyak walaupun sudah lama bekerja. Rasa macam ingin bekerja sendiri. Kemudian bila buat istikharah, kita rasa hati kita berat nak berhenti kerja tempat lama dan buat kerja lain. Maka, kita berhentilah dan hantar surat peletakan jawatan,” tambahnya.



Seperkara lagi, Ustaz Haslin yang terkenal dengan jolokan Ustaz Bollywood mengingatkan umat Islam agar melakukan istisyarah iaitu bermesyuarat terlebih dahulu sebelum melakukan solat sunat dua rakaat berkenaan.

“Berbincanglah dengan orang yang berpengalaman dan alim. Disunatkan untuk kita melakukan istisyarah. Dalam apa-apa hal, istisyarah itu perlu. Imam al-Nawawi berpesan supaya kita berbuat demikian.

“Contohnya bila nak kahwin, tanya ustaz atau orang alim macam mana hendak berkahwin, apa ciri-cirinya, calon sekian dan seumpamanya. Jika dijelaskan bahawa elok berkahwin, maka tidak perlulah kita istikharah.



“Istikharah (hanya melibatkan) perkara yang dirasakan perlu untuk kita mohon sebab duduk antara dua pertimbangan. Kombinasi istisyarah dan istikharah, insya-ALLAH ALLAH akan tolong,” jelas beliau.

Kepada satu soalan, Ustaz Haslin memberitahu: “Tiada waktu yang khusus untuk melakukan solat istikharah. Ia boleh dilakukan sepanjang waktu.

“Namun, jika rajin bangun awal, dirikanlah solat istikharah sebelum solat Subuh. Terpulang kepada seseorang untuk buat (istikharah) berapa kali sehingga dia nampak mana yang berat (petunjuk),” jelasnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen