Suami Malas Layan, Senyap Tiba-Tiba... Tentu Ada Tak Kena Dihatinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mood orang perempuan memang cepat berubah-ubah. Kejap rasa tak disayangi, kejap inginkan perhatian dari orang yang dia sayangi. Itu belum lagi yang tak tahu apa diinginkan. Agak rumit nak melayani kerenah orang perempuan ini.

Tapi, bukan orang perempuan saja yang ada mood macam ini, orang lelaki pun sama juga. Cuma yang membezakan mereka ini lelaki lebih banyak diam dan cuba kawal emosi mereka sebaik mungkin, tapi orang perempuan lebih ikutkan je.



Bila tiba-tiba orang lelaki diam je, itu tandanya ada yang tak kenalah pada dirinya.

Anda sebagai isteri kenalah pandai-pandai mainkan peranan pula.



Cuba beri ruang

Jangan memaksa dia berkongsi cerita, atau cuba memujuknya. Lebih baik anda melayaninya seperti biasa dan bersabar. Nanti dia sendiri akan berkongsi apa yang dia rasakan itu sendiri.



Sabar lebih sikit

Waktu ini mungkin dia akan layan anda nak tak nak, endah tak endah. Begitu cara dia kawal emosinya. Anda cuma perlu lebih sabar dan biarkan dia seperti itu.



Mula berbicara

Bila nampak macam dia cool down, masa inilah anda mula bercakap mengenai hal itu. Tapi jangan memaksa juga, biarkan dia bercerita bila dia sudah bersedia. Masa ini jadilah pendengar yang baik buat pasangan.



Kata sokongan

Tiada siapa yang dapat memahaminya situasinya dengan baik. Tapi apa keadaan pun, beri kata sokongan agar dia tahu anda sentiasa di sisinya. Tak kiralah baik buruk pun situasi yang dialami.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen