Lelaki Suka Wanita Ada 3 Keyakinan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perempuan yang mempunyai keyakinan ini memang akan lebih mernyerlah dari yang lain. Nak-nak lagi keyakinan yang ada itu akan membuat dia kelihatan lebih anggun dan juga kelihatan wow di mata lelaki.

Tapi bukan keyakinan yang macam angkat bakul sendiri ataupun terlalu nakkan perhatian. Kalau yang itu orang lelaki tak selesa.


Jadi, keyakinan yang macam mana memukau orang lelaki ini?

Ini keyakinan yang orang lelaki senangi.



Jadi kawannya

Yes! Pandai bawa diri dan sentiasa ingin membuka ruang persahabatan dengannya membuatkan dia suka dengan anda. Walaupun rasa perkara ini biasa-biasa saja, tapi ini pun perlukan keyakinan juga ya.

Tak yakin tak bolehlah nak kawan dengan berlainan jantina ini. Makin dekat dan mesra anda dengannya, makin mudah dia nak tahu adakah anda ini sesuai untuk jadi peneman hidupnya atau tidak.



Ada gaya tersendiri

Bukan seorang yang ikut-ikut orang lain, bukan juga tiru penampilan orang lain. Tapi anda selesa dengan penampilan dan gaya diri anda.

Perkara ini juga keyakinan yang menarik perhatian dirinya. Gaya tersendiri ini buatkan anda lebih unik di matanya.



Jenis tak peduli

Tak kisah ada orang suka atau tidak dengan diri anda. Anda lebih selesa dengan zone anda sendiri. Malah, anda juga boleh bangun tanpa sesiapa yang menyokong anda.

Wow! Kalau anda ada keyakinan ini tentunya memang tarik perhatian ramai lelaki. Anda jenis yang memang berani betul.

Ada tak keyakinan macam ini dalam diri anda tu?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen