Jangan Lakukan, Ini 5 Punca Orang Lelaki Turn Off Dengan Anda.

Dah penat menunggu, tentu rasa teruja bila anda seseorang mendekati anda untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi. Siapa tahu yang mendekat ini adalah jodoh yang anda cari selama ini.

Tapi tak semestinya dia mendekati tapi tidak boleh pergi. Dia mendekati untuk kenal anda dengan lebih dalam dan rapat lagi, tapi kalau gaya dan cara anda tak kena dengannya dia boleh berpaling memlilih yang lain.

Orang perempuan, jangan lakukan 5 perkara ini! Nanti dia turn off dengan anda.


Suka lemparkan kesalahan pada dia

Orang perempuan memang jenis yang nak menang je, tapi jangan lakukan perkara ini sangat di awal perkenalan. Tak salah pun sekali sekala bagi orang lelaki menang. Barulah dia rasa anda seronok berkenalan dengan anda.

Mula-mula nak buat dia jatuh sayangkan!



Jual mahal

Tentunya ada yang bagi tips untuk tahu orang lelaki itu betul-betul suka kita atau tidak, dia akan berusaha untuk dapatkan kita. Tapi, awal perkenalan ini janganlah jual mahal sangat. Silap-silap dia akan anggap anda sudah berpunya!

Bagi peluang pada dia untuk kenal dengan anda okay!

Sikit-sikit nak marah

Jangan gunakan alasan yang anda cepat berubah mood sangat. Perkara ini kadang kala membuat lelaki turn off bila terpaksa berdepan dengan angin tak tentu anda itu. Kawal sikit rasa nak marah itu, kesian dia tak buat salah tiba-tiba kena marah.

Tak semua lelaki boleh berdepan dengan perangai ini.



Tak nak terima pendapat

Asyik pendapat anda saja yang elokj, sedangkan dia pun ada pendapatnya juga. Cuba untuk lebih terbuka dengan mendengar pendapatnya. Barulah, dia lebih mudah selesa dengan anda. Bahkan, anda juga akan jadi lebih terbuka.
Orang lelaki suka perempuan yang berfikiran terbuka ini.

Terlalu ramah dengan lawan jenis

Sikap peramah ini memang membuat sesiapa saja selesa, tapi kalau terlalu berlebihan pun tak seronok juga. Nak-nak lagi dengan mereka yang berlawanan jantina ini. Orang perempuan kena jaga sikit pergaulan ini, barulah lelaki hormat pada anda.

Elakkan perkara-perkara seperti ini, barulah anda peluang nak dapatkan hati dia pula.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen