Orang Lelaki Pun Ada Iddah Ke..? Ingatkan Orang Perempuan Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nikah dan berpisah itu adalah adat dalam kehidupan. Setiap orang kalau boleh ingin kekal bersama, tapi kita sebagai hamba hanya mampu merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan.

Bila bercakap mengenai iddah ini, tentunya ramai yang ingat akan perempuan yang kematian suami ataupun bercerai saja. Biasanya ramai yang anggap bahawa orang lelaki tidak ada iddah jika bercerai atau isterinya meninggal.



Tapi selain iddah seorang isteri yang diceraikan atau kematian suami, lelaki juga ada iddah mereka sendiri. Ramai yang tidak tahu akan perkara ini.



Pengertian Iddah

Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid. Biasanya, tempoh iddah bagi wanita sesudah cerainya dengan bekas suaminya yang dahulu adalah tiga kali suci kitaran haid dan wanita yang telah kamatian suaminya, tempoh iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .

Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku. Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah raj’ie.



Dalil Berkaitan Dengan Iddah

Iddah wanita yang masih didatangi haid, diceraikan semasa suami hidup:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: “Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali suci”
(Surah al-Baqarah: 228)

Iddah bagi wanita yang masih didatangi haid yang kematian suami:

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
Maksudnya: “Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isterinya hendaklah mereka (isteri-isteri) menunggu empat bulan sepuluh hari.”
(Surah al-Baqarah: 234)

Iddah bagi wanita hamil yang dicerai semasa suami hidup atau kematian suami:

وَأُولاَتُ الأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.”
(Surah at-Talaq: 4)

Berdasarkan kepada nas al-Quran di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah menetapkan kepada iddah bagi wanita sesuai dengan keadaannya selepas penceraian. Namun, bagi golongan lelaki pula mereka tidak mempunyai tempoh iddah sepertimana iddahnya wanita. Tetapi dalam hal-hal yang tertentu, lelaki juga mempunyai tempoh untuk dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dia berkahwin. Dalam kitab ada menyebut bahawa ulama fiqh berpandangan bahawa iddah tidak wajib bagi lelaki. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 29/306)



Berikut dibentangkan beberapa keadaan iddah bagi lelaki, antaranya:

Lelaki yang mempunyai empat orang isteri.

Apabila dia telah menceraikan salah seorang isterinya maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj'ie (cerai yang masih boleh rujuk).

Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri.

Seorang suami tidak boleh mengahwini kakak isterinya atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj'ie isterinya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen