"Jangan Biar Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk, Hati Wanita Sangat Halus..." Ini Pesan Imam Muda Hassan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sikap orang perempuan suka merajuk dan juga suka dipujuk. Dalam kata tak suka itu, biasanya sikap seperti inilah yang membuatkan suami rindu isteri bila berjauhan.

Gaduh-gaduh manja ini memang selalu sangat dimulakan dengan isteri. Kadang tak ada angin ribut, tiba-tiba muka masam mencuka. Memang ada yang tak kenalah tu.



Tapi jadi suami, jangan biarkan isteri merajuk lama-lama. Barulah tak tambah merajuk isteri tu. Merajuk lama-lama boleh keruhkan hubungan, nanti isteri jadi dingin dengan suami.



Walaupun dah selalu mengalah dan memujuk isteri, tak salah kalau lakukan perkara ini sebagai kebiasaan. Barulah isteri rasa disayangi.

Macam perkongsian dari Imam Muda Hassan berkenaan perkara ini.

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri.

Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.

Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.

Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.



Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.

Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.

Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah

Hassan Adli
Sayangi isteri kerana Allah

Isteri minta peluk saja, tak minta banyak pun kalau merajuk ni.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen