Poligami Tak Salah Pun, Tapi Suami Kenalah Adil Seadilnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal poligami ini, lelaki mana yang tak nak poligami kan. Kalau diberi peluang tentunya ramai yang berebut ingin menambah lagi satu. Orang perempuan pastinya akan melenting bab ini, tapi lelaki tentunya akan menyokong satu sama lain.

Tapi sebelum nak bercakap mengenai poligami ini, kenalah juga fikir sedalam-dalamnya. Jangan disebabkan terlalu ikutkan keinginan, akhirnya isteri pertama dan seterusnya yang terseksa.



Fikirkan, adakah anda mampu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik? Madu itu memang manis, tapi kalau bermadu kasih ini tidak semuanya manis dan indah.



Adil dengan semua isteri

Apa yang isteri pertama dapat, pastikan isteri yang lain juga dapat perkara yang sama. Jangan hanya satu saja yang dapat lebih dari yang lain. Adil bukan saja dari wang ringgit tetapi layanan juga sama. Biasanya bila sudah beristeri baru mulalah yang lama ditinggalkan. Itu tak adil namanya.

Tak lupa fahami hati isteri

Orang perempuan ini sangat sukar nak kawal rasa cemburu, nak-nak lagi terpaksa berkongsi kasih dengan orang yang dia sayangi. Tentu saja hatinya akan berkecamuk. Tapi jika anda pandai fahami hati isteri tentunya perkara ini tidak akan menjadi masalah untuk kekalkan keharmonian dalam rumahtangga yang dibina.



Jangan sampai isteri terseksa

Banyak berlaku, bila sudah berkahwin lain isteri pertama akan diabaikan. Mulalah isteri pertama itu mencari rezeki sendiri demi menyara hidupnya. Dah dapat yang baru, yang lama jangan diabaikan. Masih jaga dengan baik sama seperti sebelum yang baru ada.

Bila teringin nak berpoligami, maka fikirkan tanggungjawab yang bakal bertambah. Tanggungjawab sekarang ini sudah dilaksanakan dengan baik atau belum?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen