Masa Baru-Baru Bercinta Jumpa Seminggu Sekali Pun Dah Cukup, Taklah Jemu Nanti. - Psikologi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mandi tak lena,

Tidur tak basah.

Itulah yang dialami oleh mereka yang sedang mabuk bercinta ini. Nak-nak lagi kalau hubungan masih lagi diperingkat awal. Memang kalau boleh setiap hari ingin berjumpa untuk lepaskan rasa rindu. Perasaan selalu rindu dan ingin bertemu adalah perkara biasa dalam bercinta.



Bukan apa, kalau tak jumpa bukan saja hati semakin resah tapi juga fikiran mula memikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Masih baru, dan masih sayang tentunya takut kalau ada apa-apa yang tidak diingini terjadi pada hubungan tersebut.

Tapi elok ke jumpa selalu sangat?

Tak takut jemu ke?

Ada satu nasihat menarik buat mereka yang sedang hangat bercinta ini, menurut Seth Meyers, Psy.D., seorang psikologi klinik di Los Angeles dalam perkongsinanya mempunyai beberapa peraturan untuk mengurangkan risiko berpisah dan membina hubungan yang berkekalan adalah dengan melalui beberapa peraturan ini,



Jumpa seminggu sekali saja

Menurutnya, pertama sekali di saat awal perhubungan adalah cukup jika anda dan pasangan hanya jumpa seminggu sekali saja. Jelasnya, apabila kita berjumpa dengan orang baru kemungkinan kemesraan dan juga rasa akrab palsu akan terbentuk. Dengan menghadkan perjumpaan, anda dapat melindungi dari dari hubungan yang kemungkinan tidak sepadan. Apabila hubungan tidak menjadi seperti yang diharapkan barulah anda tidak begitu terluka.



Dalam tekanan yang minimun

Apabila kita diawal perhubungan, kita biasanya akan memberi mengenali seseorang dengan lebih mendalam. Menurut Chami Ajjan, lebih sedikit anda bertemu dengan pasangan, maka akan lebih mudah anda menilai kualiti hubungan yang terbina ini. Saat hubungan masih awal, lebih mudah sebenarnya nak menilai pasangan kita. Tapi, jika anda tidak terlalu terburu-buru dan memberi ruang untuk memastikan hubungan lebih utuh pada masa akan datang.

Tapi tidak ramai yang mampu melakukan perkara ini kerana bimbang takut kehilangan dan juga mula overthinking. Namun, perjumpaan sekali dalam seminggu ini sudah memadai untuk memberi masing-masing masa untuk diri sendiri malah menimbulkan perasaan rindu. "Kalau dah jodoh, tak ke mana" jadi jangan risau sangat kalau tak jumpa pasangan anda itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen