Perkara Wajib Bagi Lelaki Atau Perempuan Ada 2 Sebelum Berkahwin. Ramai Yang Tak Bersedia Bab Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang bujang tentunya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga, tapi bila mana dengar akan dugaan rumahtangga sesiapa saja tentu akan terasa gerun. Orang kata hidup sebagai suami isteri ini ada pelbagai ujian.

Tidak dinafikan akan perkara itu, tapi sudah fitrah manusia untuk hidup saling berpasang-pasangan.

Dalam hidup berumahtangga ini, selain agama yang menjadi pegangan apa lagi yang penting untuk pastikan hidup bahagia dan juga harmoni?

Tentunya perkara ini menjadi tanda tanda ramai orang bujang yang nak berumahtangga bukan?



Biasanya bukan, orang bujang mohon nasihat berharga sebelum berkahwin?



Seperti pengguna Twitter menggunakan nama Pa Alif Hamzah Ta @SyafaatNasir ini yang meminta nasihat rumahtangga yang diharapnya dapat membantunya bersedia ke alam perkahwinan:

“Reply satu nasihat berumahtangga yang engko rasakan berguna dan power. Kasi orang orang bujang seperti saya dan lain-lain dapat bersedia. Ayuh!”

Luah Pa Alif Hamzah Ta, nasihat tipikal lazim diterima orang bujang yang mahu mendirikan rumah tangga mesti ada nasihat tentang seks.

“Baca reply nasihat mesti ada nasihat pasal seks dan datangnya dari lelaki. Buka profile mesti jenis yang sembang terer. Tipikal,” komennya.



Apa yang menarik perhatian warganet apabila status tersebut turut dibalas oleh pengamal undang-undang syariah, Muhammad Syarafi @RafiCounsel yang memberikan nasihatnya melalui bebenang.



Menurut Muhammad Syarafi, pastikan sebelum kahwin kita ada:

1. Kerja

2. Duit

Dan pastikan kedua-dua ni pun masih ada walaupun dah kahwin.

Sebabnya kita tak tahu bila masanya badai akan melanda, setidak-tidaknya bila dilanda ombak yang kuat kita dah bersedia dengan rintangan yang mendatang.





Good luck!

Terdahulu Pa Alif Hamzah Ta turut berterima kasih dengan pelbagai sudut nasihat yang diterimanya.

“Banyaknya nasihat. Thanks guys. Saya akan baca nasihat ni satu satu. Dan kepada yang terbaca tweet ni, doakan majlis nikah saya nanti berjalan lancar,” katanya.

Moga luahan pemuda ini dan perkongsian oleh Muhammad Syarafi @RafiCounsel bermanfaat khususnya kepada bakal mempelai di luar sana ya! -AG #janganputusasamalaysia



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen