Rahsia Lelaki Nampak 5 Tahun Lebih Muda Dari Usia Sebenar, Amal 6 Tip Mudah Ini!

Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam jejaka baru lebih habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita. Nampak lebih muda dari usia sebenarnya jadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki. Siapa tak mahu kan. Awet muda ini terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar. Berikut adalah cara mudah untuk kamu tampak lima tahun lebih muda dari usia sebenar.



1. Amal buah dan sayur berwarna.

Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikai dan brokoli.

2. Bersenam dan keluarkan peluh.

Gerakkan tubuh paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah. Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak. Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.



3. Elakkan merokok dan jauhkan perokok.

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

4. Jauhkan dari memakan makanan yang kurang berkhasiat.

Contoh-contoh anda semua sudah tahu, paham-paham jela k! Makanan ringan, meggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya (sekali-sekala tuh ok kot, tapi jangan jadikan ia makanan asasi/wajib kita).

5. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress.

Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress. Lihat sahaja wajah mereka, kelihatan tersenyum sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Arwah datuk aku juga seorang yang cool dan seorang yang pandai berbincang serta mengawal sesuatu keadaan.



Nota Tambahan.

1. AMALKAN memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Insya Allah anda akan kelihatan lebih muda.Dan jangan lupa memohon kepadanya agar kita diberikan kesihatan yang baik dan kekal awet muda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen