Kalau Dah Rasa 6 Perkara Ini, Jangan Nak Lewatkan Lagi Niat Nak Cari Pasangan Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang wajib kahwin? Orang yang bertahun-tahun bercinta? Orang yang memang sedang angau bercinta? Atau yang terlalu lama membujang?

Siapa yang patut kahwin?



Tentunya ramai diantara kita yang tertanya-tanya, “dah bersedia ke aku nak kahwin?”, “aku ni dah masuk golongan yang wajib kahwin ke?”.

Nak tahu siapa yang wajib kahwin? Adakah anda salah seorang darinya ataupun tidak, jom baca ini.

Orang yang wajib kahwin adalah...



1. Orang yang rasa sunyi walaupun dikeliling orang ramai

Lawak rakan-rakan dan ahli keluarga semuanya sudah tidak kelakar lagi. Rasa seperti sesuatu yang anda hilang atau tidak temui. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan.

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Jika anda berdepan dengan situasi ini, itu tandanya anda perlukan seseorang di sisi anda. Seseorang yang memberi anda sinar dan sentiasa menjaga anda.

“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)

2. Rasa sayang terhadap kanak-kanak

Ini juga merupakan petanda bahawa anda perlu berkahwin. Sifat keibuan dan kebapaan telah mula lahir dalam diri anda. . Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14



3. Jatuh cinta pada seseorang

Mungkin bagi anda jatuh cinta itu perkara biasa, tapi itulah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

ALLAH berfirman:

“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

4. Desakan nafsu

Perkara ini boleh jadi kepada sesiapa saja, walaupun mereka yang baru meningkat usia remaja. Golongan dewasa dan juga mereka yang pertengahan umur lebih terdedah akan perkara ini. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad.

Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.



5. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

6. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen