"Kalau Ada Masa Terluang, Saya Akan Bacakan..." Fatah Amin Kongsi Tips Sepanjang Kehamilan Fazura.

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat-saat kehamilan ini sememangnya sangat perlukan suami di sisi. Ketika ini bukan saja perasaan dan emosi yang pelbagai rasa, malah dengan keadaan tubuh badan yang kadang letih kadang perlukan sokong juga merupakan faktor mengapa perlukan suami di sisi.

Kehadiran suami di sisi sangat membantu si ibu yang sedang melalui fasa-fasa kehamilan. Nak-nak lagi kalau suami itu begitu memahami dan begitu menyenangkan si isteri.

Seperti pasangan kegemaran ramai, Fattah Amin dan Nur Fazura kini memasuki bulan ketujuh kehamilan anak pertama mereka. Fattah Amin berkongsi beberapa tips yang selalu diamalkan oleh dirinya sepanjang kehamilan isterinya.



Antara amalan yang selalu diamalkan Fattah adalah dengan membaca surah Yusuf dan Mariam.

"Setiap kali selepas balik kerja, jika berpeluang, saya akan luangkan masa untuk membacakan beberapa surah untuk anak kami di dalam kandungan itu.

"Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan," katanya.



Bukan itu sahaja, Fattah mengakui bahawa Fazura ada menunjukkan sedikit perubahan dari segi ‘mood’ ketika sedang hamil. Namun, Fattah kekal bertenang dan bersabar dan melayankan segala karenah isterinya.

"Saya faham, sudah tentu wanita yang sedang hamil akan mengalami sedikit perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya.



"Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya," tambahnya.

Fattah Amin dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen